Lokasi

Program KEM BUDI ini akan diadakan di tanah persendirian pihak penganjur yang terletak di Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan. Tanah seluas 3 ekar yang dikelilingi dengan rimbunan pohon menghijau banjaran Titiwangsa serta air sungai bukit dari Ulu Kuala Kangsar yang menyegarkan sudah cukup membuatkan bakal perserta termimpi-mimpi untuk diulit dengan kesejukan semulajadi dan mengalami sendiri kehidupan hutan yang bakal disiuli dek bunyi unggas yang liar terbang di celah celah pepohon nan menghijau. 



Keselamatan para peserta juga akan dikawal sepenuhnya oleh pihak penganjur serta dibantu oleh fasilitator serta urusetia program BUDI dari awal pendaftaran sehinggalah berakhirnya program. Kemudahan prasarana seperti dewan latihan, bilik air serta kemudahan penginapan berupa pondok dangau benar-benar akan memberikan suasana kehidupan kampung yang serba sederhana kepada setiap jiwa para peserta.  

Pendaftaran akan diadakan di Dewan Orang Ramai Padang Rengas pada hari pertama program, jam 11.30 tengahari.

...................................................

Peserta dari Lembah Kelang boleh mendaftar di Masjid Negeri, Shah Alam pada hari pertama program, jam 8.00 Pagi. 
[Tambahan yuran perjalanan dikenakan mengikut pilihan kenderaan - sila hubungi pihak urusetia untuk keterangan lanjut]

...................................................

PENDAFTARAN SECARA ONLINE [klik] DI SINI
















Lokasi : Padang Rengas terletak antara pekan Kuala Kangsar dan Taiping. 

Kira-kira 7 km ke utara dari Tol Kuala Kangsar 
Kira-kira 15 km ke selatan dari tol Changkat Jering

PENDAFTARAN SECARA ONLINE [klik] DI SINI


Labels