Program KEM BUDI adalah satu kelainan dan cukup unik. KEM BUDI memberikan pendedahan dan kefahaman untuk mengekalkan Warisan Budaya Melayu seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Matlamat KEM BUDI juga adalah untuk membangunkan ‘budaya’ dalam diri sebagai satu elemen yang tidak terpisah dalam diri seorang Melayu dan tidak pula bercanggah dengan syarak dan seterusnya mengakar dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
KEM BUDI turut mengajak menghayati keindahan alam ciptaan tuhan apabila berada di kem ini yang dikelilingi dengan rimbunan pohon menghijau, banjaran titiwangsa serta air sungai bukit dari Ulu Kuala Kangsar yang menyegarkan lagi cukup nyaman sambil didendangi dek nyanyian unggas yang sering terbang di celah pepohon nan menghijau.
Pelbagai pengalaman dan keilmuan baru yang akan diperolehi peserta, mengenai kesenian, budaya, adab, susila, keagamaan, menjadikan para peserta lebih matang, cekal dan kreatif. Memberi pendoman buat para peserta agar lebih bijaksana mengatur hidup yang penuh dengan cabaran pada dewasa ini.
Pada setiap program KEM BUDI akan disertai oleh beberapa orang TETAMU khas yang pakar dalam bidang Seni, Budaya, Motivasi Akademik dan KeAgamaan untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman mereka.
Rebutlah peluang yang julung-julung kali ini diadakan di Malaysia dan segala aktiviti program KEM BUDI ini adalah berpaksikan seni budaya Melayu asli yang bertunjangkan warisan Islam serta dikuat pula dengan pembangunan sahsiah diri, akademik dan perhubungan sesama insan dan alam.
DAFTAR SEGERA!!! TEMPAT TERHAD!!!
CUMA RM300.00 SEORANG (3 hari 2 malam)
[umur 10~17 tahun : Lelaki / Perempuan]
[umur 10~17 tahun : Lelaki / Perempuan]